Penggunaan video dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 2
Sa’adatul Farhana Yahya, Muhammad Atiullah Othman
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral tingkatan 2. Objektif kajian pertama mengenalpasti cara perlaksanaan aktiviti penggunaan video dijalankan di dalam bilik darjah. Objektif kajian kedua menganalisis keberkesanan aktiviti penggunaan video dapat menarik minat pelajar dan objektif kajian ke tiga menilai penggunaan tayangan video dalam meningkatkan kefahaman pelajar. Metodologi kajian berbentuk penyelidikan inkuri dengan menggunakan kaedah temu bual tehadap enam (6) orang responden yang telah menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah tayangan video. Analisis data dibuat secara kualitatif berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan video dapat meningkatkan minat, sikap dan kefahaman yang tinggi dalam diri pelajar Pendidikan Moral di sekolah. Kebanyakkan guru dapat membimbing pelajar berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data serta maklumat malah dapat menerapkan nilai-nilai murni.