Litcius/Paper detail

Isu terhadap Penggunaan Teknologi Media Digital dalam kalangan guru pelatih jurusan Pendidikan Khas

Ain Syafia Qutreenie Alwi, Rohaizat Ibrahim

2022Firdaus Journal26 citationsDOIOpen Access PDF

Abstract

Kemahiran penggunaan teknologi media digital merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu digunakan pada peringkat institusi pengajian tinggi. Salah satu kemahiran penting penggunaan teknologi media digital ialah guru pelatih perlu mengetahui cara menggunakan pelbagai media digital. Namun begitu, tidak banyak kajian yang memfokuskan kepada isu-isu berkaitan penggunaan teknologi media digital dalam kalangan guru pelatih. Terdapat isu utama yang diutarakan dalam kertas konsep ini iaitu tahap penggunaan teknologi dan pengetahuan pedagogi guru pelatih. Kertas konsep ini penting untuk merubah penggunaan teknologi media digital guru pelatih bagi bertindak balas terhadap perubahan yang berlaku pada masa kini. Kajian ini mencadangkan supaya universiti mempunyai bilik darjah maya yang lengkap dengan kemudahan teknologi media digital supaya dapat menjadi perantara dalam menyebarkan maklumat. Kajian ini juga turut menggalakkan guru pelatih untuk menggunakan teknologi media digital. Kertas ini perlu diberikan perhatian supaya masyarakat berubah kepada aspek penggunaan teknologi media digital kerana teknologi pada masa kini telah menjadi cetusan era baharu. Bagi media digital, elemen yang terkandung adalah seperti Internet, rangkaian korporat, komputer, penyiaran satelit, pita audio, pita video, TV interaktif, dan cakera padat. Cadangan penyelesaian ini boleh dikembangkan melalui usaha giat pihak universiti untuk meningkatkan lagi kredibiliti guru pelatih terhadap penggunaan media digital.

Topics & Concepts

PsychologyEducational Methods and Media UseEducation and Communication StudiesTechnology-Enhanced Education Studies
Isu terhadap Penggunaan Teknologi Media Digital dalam kalangan guru pelatih jurusan Pendidikan Khas | Litcius